Background

Background

Silahkan klik beberapa gambar di bawah ini

  • image1
  • image2
  • image3
  • image4
  • image2
  • image1
  • image4
  • image3

Pegawai Bank Wanita Maut Ditembak Pengawal Keselamatan (3 GAMBAR) |KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan  oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.

Kejadian berlaku di sebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang  kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu.



Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata dikatakan telah 16 tahun berkerja dengan bank berkenaan.

Kejadian, terdapat 5 kakitangan bank termasuk suspek.

**Maklumat terkini yang belum dapat disahkan mengatakan suspek, Ardi Hamza telah berjaya ditahan di LCCT ketika hendak membeli tiket untuk melarikan diri ke Sabah.-mynewshub

Persoalannya,siapakah yg memberi IC PALSU KEPADA penjenayah ini?








Sorotan Kejutan & Kontroversi Industri Hiburan Tempatan Sepanjang 2013| WALAUPUN  lembaran 2013 masih berbaki lebih dua bulan lagi, namun sepanjang tahun ini terlalu banyak kejutan dan kontroversi yang telah tercipta dalam industri seni hiburan tempatan.

Malah pada pemerhatian penulis, tahun ini merupakan tahun yang penuh debaran dan kejutan dalam dunia selebriti.

Boleh dikatakan sepanjang tahun ini, lebih banyak kontroversi yang terpalit berbanding kejayaan dan pencapaian artis tempatan.

Mana tidaknya, bukan sahaja kontroversi melibatkan masalah disiplin, malah ia turut disertakan dengan penyalahgunaan dadah, kahwin rahsia, berperang dengan ibu dan bapa sendiri, skandal, percintaan, dan jenayah sabotaj filem yang pertama kali berlaku dalam sejarah perfileman.

Menyelak kontroversi demi kontroversi yang tercipta, ada beberapa kisah yang tidak disangka turut terjadi kepada golongan artis yang juga mempunyai kelompok peminat yang tinggi.

Membuka lembaran 2013, industri dikejutkan dengan penangkapan pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah, bersama rakannya yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Walaupun ia bukanlah kontroversi pertama daripada pelakon seksi ini, namun penangkapan itu membawa imej buruk kepada industri dan kariernya.

Pun begitu, Zarina mengakui tidak bersalah di Mahkamah Majistret, atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram.

Sebelum ini, Zarina pernah ditangkap polis dalam Ops Perayaan Tahun Baru Cina, pada tahun 2010 di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) kerana disyaki mengambil dadah.

Ketika itu, pelakon drama Anak Pontianak ini, mengaku mengambil dadah jenis ketamin dan syabu, sebelum menjalani ujian air kencing.

Berhubung kes penangkapan ini, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menegaskan sekiranya pelakon itu disabit kesalahan, dia boleh dibuang daripada keahlian Seniman.

Skandal Adi Putra

Ramai terkejut apabila pelakon kacak, Adi Putra, dikaitkan berskandal dengan isteri orang.

Kontroversi ini mula menjadi perhatian apabila laporan polis yang dibuat suami wanita itu tersebar di laman internet. Dalam laporan itu, pelakon filem,  ku Terima Nikahnya, ini didakwa berkongsi gambar lucah ketika berada di Tanah Suci mengerjakan umrah.

Pun begitu, Adi dan isterinya, Aida Yusof, tidak berdiam diri dan turut membuat laporan polis.

Namun, sehingga kini keputusan mengenai kes itu belum diketahui apabila ianya masih disiasat.

Walaupun lelaki yang juga ahli perniagaan berasal dari Johor itu tampil membuat pengakuan di dada akhbar dan rancangan hiburan, Melodi, namun baik Adi mahupun Aida, masing-masing bertindak mengunci mulut.

Katanya, mereka tidak mahu kenyataan itu mengganggu urusan siasatan polis. Sekiranya keputusan diketahui, barulah mereka akan bersuara.


Cinta Shila-Sharnaaz tak direstui

Setelah setahun menyulam kasih, akhirnya cinta pasangan selebriti, Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah, kecundang di tengah jalan pada Februari lalu.

Bukan kerana orang ketiga, namun campur tangan bapa Shila, ND Lala, akhirnya memaksa mereka memutuskan hubungan yang tidak direstui itu.

Kisah mereka menjadi perbualan ramai apabila Shila melarikan diri dari keluarganya sehingga ND Lala membuat laporan polis.

Cuba menyelamatkan cintanya, Shila menghantar luahan hati berbentuk emel ke media agar dapat menjernihkan keadaan.

Namun akhirnya Sharnaaz mengambil langkah untuk berundur dan melupakan Shila.

Afiq Muiz dilabel 'Tanggang'

Mei lalu, masyarakat digemparkan dengan kenyataan ibu pelakon baharu, Afiq Muiz yang mendakwa anaknya itu menderhaka dan membuang keluarganya setelah berjaya.

Tidak berdiam diri, Afiq tampil ke hadapan dan menafikan tuduhan dilemparkan kepadanya menerusi sidang media bersama pelakon, Eina Azman.

Bermula saat itu, timbul pelbagai kisah tidak enak berhubung masalah keluarga pelakon ini dan turut melibatkan campur tangan pihak luar.

Pengakuan Afiq tidak membawa kepada jalan penyelesaian apabila ramai yang bertindak mengecam tindakan Afiq yang dilihat memburukkan ibunya persis 'Tanggang'.

Malah, Afiq juga turut diboikot media dan stesen televisyen yang menolak kemunculannya di kaca televisyen dalam tempoh terdekat itu.

Namun, sejak kes itu hangat diperkatakan, Afiq mengakui, dia kerugian berpuluh ribu ringgit garagara tidak menerima sebarang tawaran lakonan sehinggakan Afiq bertindak memohon maaf kepada ibunya di atas kesilapannya itu

KL Gangster 2 disabotaj!

Pertama kali berlaku dalam sejarah perfileman negara, filem terbaru arahan, Syamsul Yusof, KL Gangster 2, disabotaj dan tersebar dua bulan lebih awal dari tarikh tayangan di pawagam.

Penyebaran ini berlaku setelah ada pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik filem aksi prekuel KL Gangster itu hingga membolehkan peminat menonton karya tersebut di internet.

Malah, ia menyaksikan 'perompak seni' tanpa segan silu menjual filem ini dalam bentuk video cakera padat (VCD) dengan harga serendah RM5. Masih lagi ditayangkan bermula 3 Oktober lalu, filem ini berjaya meraih RM4.55 juta setakat ini.

Walaupun disabotaj lebih awal, namun filem ini dilihat masih boleh memberi pulangan modal dan berjaya mencapai sasaran iaitu RM7.5 juta


Cinta tiga segi Puteri Sarah, Ammar Alfian & Syamsul Yusof

Setelah bertahun menyulam cinta, akhirnya pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Ammar Alfian, nekad memutuskan hubungan.

Akui Puteri Sarah, perpisahan itu adalah jalan terbaik buat mereka apabila masing-masing mengakui tiada lagi keserasian antara satu sama lain.

Pun begitu, pelakon dan model, Ammar Alfian tidak berpuas hati dengan keputusan itu apabila cinta Puteri Sarah mula beralih kepada pengarah muda, Syamsul Yusof.

Mendakwa bekas kekasihnya itu mula menjalinkan hubungan cinta bersama anak penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, Ammar bertindak menyerang mereka menggunakan media sosial.

Walaupun dimaki dan dihentam teruk dengan kata-kata yang kurang bijak, namun Syamsul membalas kenyataan itu dengan cara yang berhemah.

Turut menafikan hubungan istimewa bersama Puteri Sarah, Syamsul menyusun satu pertemuan untuk meleraikan persengketaan itu agar tidak terus berlanjutan.

Perang Farid Kamil & ibu mertua

Walaupun isu mengenai kelahiran bayi pertama mereka di Australia, masih belum reda, pelakon, Farid Kamil tampil mendedahkan kontroversi baharu.

Menerusi akaun Twitter rasmi miliknya, pelakon ini meluahkan perasaan berkaitan masalah dengan ibu mertua.

Bait-bait tulisannya itu berhubung rapat dengan kepincangan hubungan bersama ibu isterinya, Diana Danielle. Malah, setibanya Farid bersama Diana dan anak di ibu kota, Farid meletakkan syarat kepada ibu mertua jika mahu menziarahi anak dan isterinya.

Pun begitu, baik Farid mahupun ibu Diana, mereka masing-masing enggan mendedahkan punca sebenar masalah mereka berdua

Fizz Fairuz curangi Almy Nadia

Tujuh tahun, bukanlah tempoh waktu yang singkat dalam percintaan, malah segala pahit manis sudah sebati dikongsi bersama.

Namun, sekelip mata, hubungan yang dibina bersama hancur apabila pelakon, Fizz Fairuz mengikat tali pertunangan bersama wanita lain walaupun masih bergelar kekasih Almy Nadia.

Walaupun terkejut dengan keputusan itu, pelakon, Almy sudah menduga dari awal perubahan Fizz yang dikatakan semakin menjauh darinya.

Pun begitu, ALLAH Maha Kuasa, pertunangan Fizz bersama gadis bernama, Azlyn Massiela Mohd Nazar, hanya bertahan seminggu sahaja apabila wanita itu dikatakan isteri orang.
Walaupun Fizz beberapa kali memohon maaf di atas kesilapannya terhadap Almy, namun akui Almy hatinya sudah tawar dan itu semua adalah hukum karma buat kekasihnya itu.

Pun begitu, ternyata cinta Almy buat Fizz terlalu kuat dan pelakon ini sedia menerima Fizz kembali apabila Fizz mendedahkan akan mengahwini Almy pada tahun hadapan

Nikah dua kali Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Masih menjadi perbualan hangat, pernikahan rahsia pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mengundang pelbagai kontroversi.

Aeril dan Wawa bernikah kali pertama pada 25 Februari 2012 mengikut syariat Islam. Pun begitu, mereka bernikah buat kali kedua pada 5 Februari lalu, apabila Wawa hamil pada Disember 2012.

Pernikahan pertama dikatakan tidak sah mengikut undang-undang Negara Malaysia dan sekiranya tidak bernikah sekali lagi, perkahwinan itu gagal didaftarkan dan anak dilahirkan tidak boleh ber'bin'kan Aeril.

Walaupun tampil memberi penjelasan mengenai pernikahan dua kali mereka, namun setiap hari, ada sahaja kontroversi timbul. Pada sidang media tersebut, Wawa memberitahu tindakannya kerana menghormati pendirian pemilik Metrowealth International Group (MiG), David Teo serta kontrak yang ditandatanganinya.-sinar harian

Kami fikir perkara ini tidak serius tetapi melihat reaksi media yang pergi mendapatkan kenyataan Rozita Che Wan berkaitan isu ini, terpanggil juga untuk menulis. Heh.
Hampir sebulan yang lalu, seorang individu tidak dikenali memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan baju dalam berwarna merah yang di’dakwa milik Rozita Che Wan dan individu itu sedang mencari pembeli yang berminat.
Dan, gambar itu pun mula popular di laman laman sosial sehingga menimbulkan satu persoalan adakah benar itu bra merah Rozita Che Wan yang di’dakwa datang dari mereka di belakang tabir yang mengutipnya di lokasi pengambaran sebuah drama.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Rozita Che Wan berkata beliau tahu akan perkara ini melalui adiknya Ayu Raudhah sekitar minggu lalu dan bagi beliau itu semua hanya kerja gila & tidak masuk akal.



“Saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu. Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu”
“Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa”
Rozita Che Wan menambah yang beliau tidak malu dengan insiden ini tetapi meminta pihak yang bertanggungjawab untuk hentikan kerja yang tidak berfaedah ini.
“Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya. Namun, sebab mereka gunakan nama saya & menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini”
Macam macam.




Berdasarkan berita dari portal di bawah.
Jika diikutkan nama, tiada lagi aktor lain samada di Malaysia ataupun luar negara yang bernama Aaron Aziz.
Jika mengikut berita di bawah, beliau dikatakan meninggal akibat kemalangan semasa bermain ski salji di Zermat Ski Resort, Switzerland.
Ada mana mana pihak yang boleh mengesahkan berita ini?
Adakah ia benar atau sekadar rekaan semata mata?



AARON AZIZ dikhabarkan Meninggal dunia adalah hanya khabar angin yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.maaf atas kesilapan dan entry asal pun hanyalah persoalanbukannya fakta tepat..HARAP Maklum




Sinopsis Ringkas Adnan Sempit 3

Adnan Sempit 3 mengisahkan kisah kehidupan Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berkahwin dengan Nadia (Intan Ladyana) dan Wawa(Yana Samsudin) yang telah berkahwin dengan Bobby(Along Champ).Kalau tengok cerita Adnan Sempit yang sebelum nie hidup Adnan macam sesak sikit kan….tapi dalam Adnan Sempit 3 nie dia dah jadi kaya sebab bapa mertua dia dah bagi tanggungjawab untuk uruskan syarikat.Kehidupan 4 sahabat nie jadi lebih bahagia selepas Wawa dan Nadia disahkan hamil..

Apa yang anda terlepas pandang semasa menonton filem ini? 

Mungkin anda terlepas pandang sesuatu bukan? ini membuktikan yang anda tidak menonton filem ini secara fokus. Selepas tiga kali menonton filem ini, baru admin ternampak sesuatu yang admin terlepas sebelum ini. Setiap filem mesti ada silapnya, tidak semuanya sempurna. Mungkin ada yang terlepas pandang mungkin ada yang tidak.

Admin tidak mempunyai niat untuk mengutuk, mengaibkan atau memalukan pelakon ini.
#Adnan Sempit 3 tidak pernah membosankan walaupun ditonton berulang kali.


saat bahagia



Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan. 

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.


Insiden kekecohan membabitkan isteri pemain bola sepak negara,  Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih popular dipanggil Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), mencetuskan topik hangat di kalangan pengguna internet sejak beberapa hari lalu.
Kebanyakannya mengutuk perbuatan isteri pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) yang dikenali sebagai Shahrul Aishah sehingga ada yang mengambil insiatif membuka akaun Facebook "Kami Benci Bini Mat Yo" sebagai bantahan atas perbuatan melampau perempuan itu.
Masyarakat internet (netizen) menyifatkan perbuatan itu kurang ajar dan dilakukan oleh orang yang lupa diri (merujuk kepada Shahrul Aishah).
Kejadian itu turut mendapat perhatian Imam Muda musim ketiga, Fakhrulrazi Ibrahim atau Arazzi apabila turut memberi komen berhubung perkara tersebut.
"Bila kita jadi ahli keluarga artis, janganlah berlagak, bila kita jadi adik beradik kepada selebriti, janganlah sombong, bila kita jadi isteri kepada pemain bola sepak yang masyhur pun, janganlah bercakap angkuh hingga menghina orang lain.
"Kita mengata orang bodoh. Apa sudah benar-benar pandaikah kita bila akhlak dan salakan mulut kita mengalahkan kita mengata orang dayus. Apa sudah benar-benar jantankah suami kita yang hanya melihat kita memaki hamun, diam seribu bahasa, tergamam, malah berkasar dengan orang lebih berumur ,"katanya dipetik melalui laman Facebook.
Sebelum ini, kekecohan timbul apabila Shahrul Aishah memuat naik rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan pergaduhan mulut antara dia dan pengawal keselamatan, Azman Md Nayan, 49, yang dirakamkannya sendiri.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 12 September, jam 11.42 pagi ketika pengawal keselamatan itu sedang bertugas mengawasi lalu lintas di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Azman mendakwa, pasangan suami isteri itu yang membawa kereta jenis Mini Cooper berwarna putih meletakkan kereta di tempat menunggu.
Katanya, beliau kemudiannya mengarahkan pasangan itu mengalih kereta, namun Mat Yo meminta kebenaran untuk berhenti seketika dengan alasan mahu membeli tiket.
Bagaimanapun, katanya, selepas hampir 10 minit, kenderaan yang dipandu Mat Yo tidak beredar menyebabkan Azman meminta pasangan itu beredar dan meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam.
“Saya minta mereka beredar ke tempat letak kenderaan awam jika mahu berhenti lebih lama supaya tidak mengganggu lalu lintas.
“Tindakan saya mengundang rasa tidak puas hati wanita itu (isteri Mat Yo) yang mempertikaikan tindakan saya, selain mendakwa mereka kerabat diraja dan suaminya bekerja dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ).
“Selepas berulang kali meminta mereka beredar, wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi dengan mengatakan saya bodoh dan dayus, selain merakam (menggunakan telefon) dari dalam keretanya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Kedua-dua pihak kemudian membuat laporan polis berikutan kejadian itu.
Sebelum ini, isteri bekas penyerang pasukan Kelantan itu pernah menimbulknan kontroversi apabila menggelar Presiden Bolasepak Kelantan(KAFA), Tan Sri Annuar Musa anjing.
Dia dikatakan menulis komen itu melalui laman Facebooknya dipercayai berkaitan dengan isu perpindahan pemain itu menyertai pasukan Johor Darul Takzim FC. – 26 September, 2013.